Notis yang dipamerkan |
Bendahara Mamak Kutty mmg tak paham. Sampaikan berkali2 Puan Pengarah COB mengingatkan "Haji, tolong paham saya cakap, jawatankuasa haji tak sah".
Kami mmg tak sabar nak tunggu minit mesyuarat dari COB seperti yg COB janjikan untuk dilekatkan pada notice board.
Perkara nak menjahanamkan orang ni kadang kala mmg susah nak difaham oleh orang2 yg seperti kita. Saya sendiri tak paham apa glamernya menjadi chairman 2 blok ni. Hanya 2 blok saja, dgn tanah sekangkang kera. Semua masalah orang chairman yg tanggung, masalah rumah kena pecah, rumah bocor, lif rosak, kolam kotor, padang becak, api rumah kena potong pun jumpa chairman, anak buat hal, kena histeria (mcm chairman tu bomoh), gaduh berebut anak, gaduh laki bini .... semua nak pi ngadu pd chairman. Kerja tu pun mamak nak berebut. Heran aku, mungkin mamak rasa glamer gila babi sebab semua org merujuk pada dia. Tapi sebulan mamak pegang jawatan, tak ramai yg pi ngadu pada dia kecuali geng2 dia sebab penduduk cakap mamak ni mulutnya jahat. 'itu songkok putih punya orang, mulut tak baik' - kata untie cina sebelah rumah aku.
Kalaulah mamak betul seorang yg warak, beriman, suci tulus mulus hatinya, masa ada masalah ngan Lestari hari tu, mamak akan jumpa chairman "apa yg saya boleh bantu?". Itu sepatutnya yg mamak buat. Kita sesama Islam , kita tolong selesaikan isu2 yg timbul. Sebab kita nak yang terbaik dan semua selesa.
Ini si kutty mydin ni dgn gah, mengambil kesempatan, siap kempen rumah ke rumah untuk menjelaskan yg chairman mengkedarah duit maintenance sejak 10 thn dulu. (ketuk pintu rumah ke rumah ok .....) Bila chairman bg jawatan pada mamak (sebab siri2 demonstrasi yg mamak buat, chairman dan keluarga dah tak tahan lagi) perkara pertama yg mamak aim, tutup cafe chairman tu. Mamak hantar org suruh tutup cafe. Mamak fitnah chairman tak pernah bayar duit sewa cafe. Fitnah mamak oiiii. Lot kedai tu atas nama persendirian, nama org kuat Danau, bukan Lestari punya.
No comments:
Post a Comment